Hargailah Masa


Get your own Digital Clock

::Ruang Chat::


ShoutMix chat widget

<>

Sabtu, 28 November 2009

Cuti Raya AidilAdha..

Aduh..Ni ada cerita yang aku nak kongsi dengan korang.Ni kisah aku nak pergi balik kampung.Mula-mula,aku dan keluarga aku bersiap-siap untuk pergi ke kampung ayah aku.Selepas dah berkunjung ke kampung ayah aku,kami terus bertolak ke kampung mak aku pulak.Dalam perjalanan,aku dan kakakku tertidur..tiba-tiba mak aku bangunkan aku dari tidur,rupa-rupanya kereta rosak.Dahlah panas masa tu..kereta pulak rosak kat highway..lagilah bertambah panas.Peluh banyak pulak tu.Tiba-tiba ada seorang kawan ayahku cuba menolong kami.Lepas tu kereta baru lah elok sikit.Ayahku berpatah balik pergi ke rumah.Ayahku bercadang untuk menaiki van niaga ayah aku.Kami relax sikit kat rumah.Lepas tu kami terus bertolak.Aduh..memang penat kami masa tu.Sampai saja terus tidur.Penat giler.Dahlah,tu je cerita yang dapat aku ceritakan.Bye..

Khamis, 26 November 2009

::Memori Seorang Manusia::

Persahabatan,
Bermula dengan secebis senyuman
Berputik dengan sebuah kasih sayang
Disulami dengan pergaduhan
Berbunga dengan sekelumit cinta..
Percintaan,
Pada mulanya tidak diduga
Pada hakikatnya melahirkan perasaan
kasih sayang
Namun kita merancang
Tuhan menentukan
Lalu terciptanya perpisahan..
Perpisahan,
Mengajar erti keikhlasan
Mengajar erti prinsip diri
Mengajar erti menghargai
Mengajar ertikelemahan diri..
Kini,
Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan
Mungkin perpisahan akan memisahkan kita di dunia..
Tetapi tidak dihati..
Lebih berkekalan untuk selamanya...

Selasa, 24 November 2009

::Cuti di bulan Disember::

Apabila cuti,aku tidak tahu apa aku nak buat.Aku cuma tengok TV dan tidur.Heheh...Aku bosan sangat.Kadang-kadang aku pergi jalan-jalan dengan adik aku.Kadang-kadang aku main badminton ngan jiran.Dah la..aku tak tahu nak buat apa lagi..bila aku ada idea aku cerita lagi ok..bye..

Rabu, 11 November 2009

::Aku Menuggu Result UPSR::

Hari ini,aku berasa takut kerana menuggu keputusan UPSR.Aku berharap sangat aku dapat 5A dalam UPSR.Kepada semua,doakanlah aku dapat 5A dalam UPSR.Amin...

Rabu, 4 November 2009

::pendaftaran ke sekolah menengah::

Hari ini,bersamaan dengan 5 November 2009,aku bersama rakan-rakan sekolahku yang darjah 6 berjalan kaki ke SMK Khir Johari.Guru Besar dan guru-guru sekolahku juga turut ikut.Ini kerana mereka mahu mendaftarkan kami ke SMK Khir Johari.Kami diberi taklimat di dewan untuk tahun depan oleh Guru Besar,PK Hem,dan guru SMK Khir Johari.Selepas diberi taklimat,kami mengambil makanan dan air dan terus berjalan pulang ke sekolah.Aku sungguh gembira hari ini.

::..Jom Main Tic Tac..::